Last two week dapat email dari SPA kena attend 'Program Pegawai Kebajikan Assessment Centre'. Baca lagi, tarikh 27 Julai - 28 Julai di Rumah Seri Kenangan, Seremban. Daaaannng! First, on weekdays then dekat Seremban. Okey,cuti dah sikit and nak drive ke Seremban? So not me.Thanks God,my husband boleh cuti. Ikutkan memang tak boleh nak cuti sebab end of month kan...Tapi, demi isteri tersayang.HAHA.
Dalam hati terfikir macam mana boleh dapat PKAC ni. Rupanya ni saringan kedua. Yang pertama exam SPA. Rasa dah lama dah exam tue. Maybe kelulusan valid for 5 years tu yang dapat PKAC nie.
Sepanjang masa dok google apakah assessment itu. Ikutkan PTD jea selalu ada PAC ni, tetiba pulak semua Pegawai gred 41 dah ada PAC. New rule gituh.
Membaca memang taklah, bukan malas tapi memang dah takde masa langsung. Just my mom cakap, kawan dia bagitau akan ada baaaaannyyyaaak bercakap.Okey. *Pitam*.
Memandangkan baby breastfeed so tak bolehlah nak tido Seremban. Maka,berulang lah ke Seremban fow two days! Pitam okey, tidur tak cukup.
Okey, on the first day ni tentativenya :
27 Julai 2011 (Rabu)
0730 - 0830 : Pendaftaran calon PKAC & sarapan pagi.
Masa ni, urusetia check documents dan bagi no badan. Kena pakai sepanjang masa. The best part, hp dengan camera kena tapau.Hehe. Tapi selamat jea. So no hp for all the day! So no picture been taken :D
0830 - 0900 : Taklimat PKAC
0900 - 0930 : Taklimat SPA
0930 - 1000 : Taklimat Jabatan
1000 - 1130 : Aktiviti 1 (Lawatan Lapangan)
Peserta dibawa melawat Rumah Seri Kenangan. Time ni gunalah the best communication skill nak interact dengan penghuni.
Penting:dalam masa yang sama bercakaplah dengan group anda.
1130 - 1300 : Aktiviti 2 (Kajian Kes)
Satu kes berkaitan dengan kebajikan akan diberikan, bagilah cadangan membina.
1300 - 1430 : Rehat, makan tengahari & solat
1430 - 1600 : Aktiviti 3 (Perbincangan kumpulan)
Lebih kurang sama macam kajian kes, penting untuk bercakap dan bagi point yang best. The craziest suggestion might be the best suggestion!
1600 - 1730 : Aktiviti 4 (Group Discussion)
Sama macam yang atas, just in english. So, bila group discussin cakap lah in english. Sama macam dalam bahasa melayu, jangan rojak.
28 Julai 2011 (Khamis)
0730 - 0830 : Sarapan pagi
Tak join pun sebab breakfast dengan dear husband dekat McD Section 22 Shah Alam at 5.45 am!
0830 - 0930 : Aktiviti 5 (Simulasi mesyuarat)
Untuk yang dah biasa,should be no problem at all lah. Dekat sini, siapa yang jadi Pengerusi Mesyuarat yang memainkan peranan penting. So, decide wisely siapa nak jadi. A good chairman akan bagi semua ahli mesyuarat bercakap.
0930 - 1115 : Aktiviti 6 (Pengucapan awam)
Haaaaa, ni yang saya paling cuak! Tajuk dah dibagi semalam. Tapi mana cukup masa nak prepare. Just make sure, cakap dengan confident. Jangan asyik baca jea. Tu public reading :D
Tips, bagi point macam seorang pegawai.
1115 - 1300 : Aktiviti 7 (Public speaking)
Sama je concept macam pengucapan awam.Oh, 5 minutes sajork.
*Tajuk Pengucapan awam dan public speaking*
Sejarah/history
Pengurusan/management
Sukan/Sport
Kesenian/Art
Teknologi maklumat/Information technology
Pembangunan belia/Youth development
Alam sekitar/Environment
Ekonomi/Economic
Kepimpinan/Leadership
Sains dan Teknologi/Science and technology
Kemahiran/Skill
Keusahawanan/Entrepreneur
Globalisasi/Globalization
Pendidikan/Education
Tajuk ni besar scop nya, so kecikkan jea. Sama kan english dengan melayu? Tapi tak boleh sama untuk dua2 lah. Eg:Melayu-Globalisasi dan English - Environment
1300 - 1430 : Rehat, makan tengahari & solat
1430 - 1600 : Aktiviti 8 (Penyelesaian masalah)
Ni best, ada dua masalah. Senang jea :D Gaduh-gaduh manja gituh.
Tips: Jangan rumitkan masalah yang sebenarnya kecil jea :D
Orang cakap nape nak bagitau kan? Saya cakap bagus kalau kita share apa yang kita tau. Kalau bukan rezeki kita, maybe rezeki orang. Lambat atau cepat jea kan. Saya pun penat google pasal PAC ni. Tapi lain jawatan lain PKAC nya. Konsep sama tapi mengikut jawatan lah.
Sebelum pergi memang semangat waja. Masa tengah tu, sedikit down sebab bersaing dengan orang yang nak naik gred. Bayangkan, berhujah dengan orang yang semua dah ada dalam kepala. So, jangan giveup dan jangan diam. Cakap jea tapi kena ada point penting.
So, goodluck!